KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
TAHUN 2012
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012
akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik
Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Putrajaya.
Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6
Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590
buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas
peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar
dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.
Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:
Bil
|
Jenis Calon
|
Jumlah Calon
|
1.
|
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan
|
415,530
|
2.
|
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran
(contoh : MRSM)
|
7,708
|
3.
|
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
|
7,946
|
4.
|
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
|
11,309
|
5.
|
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
|
28,148
|
6.
|
Calon Persendirian
|
1,900
|
Jumlah Besar
|
472,541
|
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah
masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon
persendirian akan dimaklumkan melalui pos.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM
2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam
10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
14 Mac 2012
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 boleh disemak melalui mySMS 15888 bermula jam 10.00 pagi, 21hb Mac 2013 hingga jam 11.59 malam, 27hb Mac 2013
Taipkan:
SPM NoKP AngkaGiliran
dan SMS ke 15888
dan SMS ke 15888
Contoh mesej penghantaran:
SPM 950527031543 MA222A333
dan SMS ke 15888
* Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi
Perkhidmatan ini adalah hak cipta
Kerajaan Malaysia. Talian bantuan 03-5569 2840 atau emel
careline@15888.my. Caj penghantaran RM0.50. Caj penerimaan RM0.20
Tiada ulasan:
Catat Ulasan