Rabu, 8 Ogos 2012

APAKAH PBS (Pentaksiran berasakan Sekolah)?

PBS merupakan satu  bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. 

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru  - guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

UKM : Usaha Mengeluarkan Jentera Sel Fuel Untuk Pasaran

BANGI, -  Institut Sel Fuel Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berjaya menghasilkan beberapa jentera sel fuel sedang mencari rakan dagang untuk mengeluarkannya secara besar-besaran untuk dipasarkan. Ia telah menubuhkan sebuah anak syarikat, Selfuel yang telah menyediakan model-model enjin yang menggunakan pelbagai sumber bahan api termasuk air najis dan bahan kumbahan hasil dari penyelidikannya.
Pengarah Selfuel, Prof Ir Dr Wan Ramli Wan Daud yakin teknologi itu, yang jauh lebih mesra alam berbanding bahan api berasaskan minyak dan gas yang digunakan secara berluasa sekarang, boleh menjimatkan pengunaan tenaga negara.

Prof Dr. Wan Ramli Wan Daud bersama kumpulan penyelidik Sel Fuel, UKM

Beliau memberitahu Portal Berita UKM bahawa sel fuel tidak membabitkan pembakaran atau letupan dalam enjin seperti jentera yang menguna petrol atau diesel. Sel fuel juga adalah lebih praktikal berbanding tenaga suria kerana ia tidak perlukan panel atau kepingan solar yang besar bila digunakan oleh mana-mana kenderaan atau alat.
Ia juga lebih cepat dan mudah digunakan berbanding enjin elektrik kerana tidak perlukan masa yang lama untuk mencasnya seperti bateri.
Prof Wan Ramli adalah diantara 20 orang saintis dan penyelidik yang diberi penghargaan dan insentif berjumlah RM137,750 oleh UKM sempena majlis sambutan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 peringkat UKM Isnin lepas. Beliau menerima bayaran hampir RM7,000 kerana berjaya menghasilkan ciptaan itu.
Sumber : treehugger.com

Syarikat SelFuel telah mempamerkan beberapa hasil cipta itu di majlis tersebut termasuk hidrogen sel fuel yang boleh dimuatkan kepada motosikal kecil atau moped. Prof Wan Ramli dan pasukan penyelidiknya berjaya membuat enjin yang kompak berbanding produk lain dalam pasaran.
Sel Fuel bertindak sebagai peranti elektrokimia yang mampu menukarkan tenaga kepada elektrik serta haba tanpa melibatkan pembakaran.
Pada dasarnya, sel bahanapi ini bertindak sama seperti bateri kecuali ia tidak kehabisan ataupun perlu dicas semula. Ia menghasilkan tenaga dalam bentuk elektrik serta haba selagi mana bahanapi dibekalkan.
Sel Fuel juga turut menggalakkan penggunaan kepelbagaian tenaga di samping membantu peralihan kepada penggunaan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Hidrogen, suatu elemen yang terbanyak di bumi, boleh digunakan secara langsung. Dengan sel fuel, penggunaan lain-lain bahan api yang mengandungi hidrogen, termasuk metanol, etanol, gas asli juga gasolin ataupun minyak diesel boleh dilakukan, tetapi 'fuel reformer' perlu digunakan untuk mengeluarkan hidrogen yang terkandung dalam bahan api tersebut.
Dalam sel fuel, tenaga kimia di dalam hidrogen dan oksigen ditukar secara elektrokimia melalui tindak balas redoks elektrokimia di anod dan katod sel kepada tenaga elektrik dan sedikit haba.
Lantaran hasil sampingan proses ini ialah air sahaja. Sel fuel adalah teknologi penukaran tenaga paling mesra alam yang amat sesuai bagi menyelesaikan masalah pemanasan global dan perubahan iklim.
Ia juga sesuai bagi penjanaan kuasa di kawasan-kawasan yang terpencil dan boleh pula disambungkan ke grid elektrik kebangsaan untuk pembekalan kuasa tambahan atau pun sebagai kuasa sokongan apabila berlaku sebarang gangguan bekalan.
Memandangkan sel fuel beroperasi secara senyap, masalah pencemaran bunyi dapat dikurangkan begitu juga pencemaran udara manakala lebihan tenaga haba yang terhasil dari sel bahanapi pula boleh digunakan untuk tujuan pemanasan air sebagai air panas bagi kegunaan rumah, kata Prof Wan Ramli.
Sumber : UKM News Portal
Gambar: http://www.ukm.my/selfuel/

Kaedah Belajar

Kaedah Belajar

Ramai yang masih tidak mengetahui cara untuk belajar dan ini akan menjadi satu masalah kepada mereka untuk menduduki peperiksaan kelak. Di sini saya ingin kongsikan sedikit cara belajar yang pernah saya amalkan.
1) MASA
Sebelum memulakan suatu sesi pembelajaran, pemilihan waktu yang tepat adalah penting untuk memastikan minda kita mampu menerimanya dengan keadaan yang optimum.
Contohnya, kebanyakan pelajar suka mengulang kaji pelajaran mereka pada tengah malam atau seawal pagi kerana pada masa ini keadaan sunyi dan minda kita akan dapat fokus pada apa yang kita belajar. Lebih-lebih lagi mata pelajaran yang melibatkan pengiraan seperti matematik.
2) TEMPAT BELAJAR
Perkara ini haruslah diambil berat kerana apabila keadaan tempat belajar kita kemas dan teratur sudah tentu kita dapat belajar sesuatu perkara itu dengan baik.
Seeloknya tempat yang baik untuk kita belajar ialah di perpustakaan kerana suasana yang sangat kondusif. Ini akan memudahkan proses pembelajaran kita.
Andai di rumah, pastikan tempat tersebut mampu merangsang minat kita untuk mentelaah tanpa terdapat gangguan luar seperti suasana yang bising yang boleh merencatkan proses pembelajaran.
Pastikan meja belajar menghadap ke arah kiblat.
3) NOTA
Setiap kali kita mengulang kaji pelajaran, sebaiknya jangan hanya membaca buku sahaja tetapi adalah lebih baik kita membuat nota ringkas. Ia membantu kita untuk mengingat.
Di samping itu juga, kita boleh membawa nota tersebut ke mana sahaja dan boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja.
Nota yang baik bukan hanya nota yang ringkas, tapi nota tersebut hendaklah mudah untuk difahami.
Salah satu cara terbaik untuk membuat nota adalah dengan menggunakan peta minda (mind map). Cara ini adalah salah satu cara yang sangat berkesan khususnya bagi subjek yang memerlukan pembacaan yang banyak.
- Artikel iLuvislam.com

8 Tips Mengelakkan Penangguhan

mari kita sama2 amalkan... aku pon suka tangguh2kan tugas ni... harap lepas ni dpt la berubah


Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Biodata Penulis

Saiful Izzuan Hussain merupakan penulis buku Menjadi Lebih Bertuah dan Apa Bakat Saya?. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang tenaga akademik di UKM. Aktif berkongsi ideanya di www.drinspirasi.com.

Jumaat, 23 April 2010

da egg seller

> Penjual Telur  Di sebuah pasar tradisional.
> > 
> > Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
> > Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
> > Pembeli: "Telur ayam."
>
> Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
> > Pembeli: "Ayam biasa."
> > Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
> > Pembeli: "Yang tempatan."
> > Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari  Ipoh , Kuala Selangor atau
> > Tampin?"
> > Pembeli: "Yang  Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
> > Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
> > Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
> > Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang
> > jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai
> > dia
datang!

Isnin, 19 April 2010

kau ilhamku,,,,thanks to my student (balqis, wawa, farhana, putri,nazeera)

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan


Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...